Siapa saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, saya Aishah..

Buat pertama kalinya Aishah buat blog ni tau. Blog “Kejelitaanmu Teserlah” ini bertujuan untuk Aishah share about satu produk skincare yang semakin hot di  Malaysia sekarang. Tapi sebelum Aishah cerita fasal produk tersebut, Aishah nak Cerita sikit masalah kulit Aishah. Emm..actually, Aishah ada masalah resdung. Muka asyik naik jerawat je. Dari sekolah sampai la sekarang umur dah nak masuk tiga series, masalah jerawat tak pernah hilang. Kalau hilang pun kejap je. Lepas tu  naik balik. Dah macam-macam produk Aishah guna. Kalau dah rasa tak tahan sangat, terpaksa la ambik ubat kat klinik. Sebab makan ubat la jerawat ni takut nak keluar. Tapi sampai bila Aishah nak makan ubat je kan. Sangat sangat boring..

Ok, nak ringkaskan cerita dua tahun lepas, Aishah ada guna satu produk beauty care xxx. Memang sesuai la dengan muka Aishah. Jerawat takut nak naik, muka pun jadi putih. Rasa keyakinan diri tu makin meningkat. Nak keluar pergi mana-mana pun rasa seronok. Mana tak nya,biasa nak keluar pegi jalan jalan pun malu sebab muka berjerawat. Tapi..kegembiraan itu hanya sementara. Hujung tahun lepas, bulan Disember 2016, jerawat naik habis 1 muka. Penuh..siap yang bernanah lagi..Allah..tak tahu nak sorok mana muka ni. Sampaikan anak sepupu yang umur tiga tahun pun cakap,"banyaknya jerawat kakak, tak ada ruang kosong pun". Aduss..budak kecik pun boleh cakap macam tu. Orang besar lagi la. Mungkin ada yang mengata. Harap harap tak de la ye..

Sebulan lepas tu, Alhamdulillah..Allah hantarkan isteri dua pupu Aishah yang mesra dipanggil Kak Dila untuk bantu Aishah. Dia promote satu produk skincare berasaskan sumber natural dan organic. Katanya produk ni tak ada bahan kimia merbahaya. Dah ramai sangat orang berpuas hati dengan produk tu. Mula-mula tu Aishah tak nak sebab boleh tahan juga harganya. Al maklumlah Aishah ni suri rumah tangga sepenuh masa je. Bergantung pada income suami je. Kak Dila ajak Aishah joint jadi agent produk tersebut, katanya joint dulu jadi agent, sambil-sambil jual kat orang, boleh guna untuk diri sendiri. Boleh la cari pendapatan lebih. Tak ada la bergantung pada suami je. ok, Aishah setuju jadi agent..

Bila dah joint agent, bermula la kelas menadah ilmu pasal produk dan bisnes. Bila ilmu pasal produk dah hadam, berbunga bunga hati ni nak try sendiri produk tu. Duk baca testimoni orang lain. Semua berpuas hati. Masalah kulit mereka selesai. Muka berjerawat merah pun ada yang pulih selepas consume produk ni tau. Aishah pun apa lagi, terus order untuk pakai sendiri. Mula-mula order Facial Soap/sabun dan Face Oil je. Mula-mula Aishah pakai sabun dulu. Face Oil simpan tepi, sebab nak try satu-satu dulu. Bukan apa takut terkejut pula jerawat ni. Sekali guna memang best. Jerawat kecut. Wah..teruja kot. Dah la wangi,  kulit muka pun lembut. Itu first time guna tau. Ingat nak guna sabun ni dalam seminggu, lepas tu baru try Face Oil pula. Emm..tak sabar punya pasal esokkannya guna pula Face Oil. Basuh muka guna sabun dua kali sehari, pagi dan malam. Lepas tu ambil tiga titik Face Oil, sapu rata kat muka dua kali sehari juga. Tenang je rasa. Dua minggu guna sabun dan Face oil, Aishah order Clay Mask pula. Berdetox pula sekali seminggu.

Agak-agaknya apa la produk yang Aishah guna ni kan?? hihi..Aishah tak nak cerita lagi apa yang ada dalam sabun, Face Oil dan Clay Mask yang membuatkan Aishah jatuh 
cinta ni. Nanti Aishah akan cerita kat bahagian produk ye. Jenama produk ni pun Aishah 
tak nak bagitahu lagi..Hihi..Tunggu Aishah cerita sampai habis dulu ye. Nak kasi gempak 
sikit.

Sebulan berlalu..Jerawat still naik..Tapi jerawat lama memang kecut. Parut hitam tak payah cakap la, memang Bersarang la kat muka ni. Apa-apa pun tetap teruskan dengan produk tu lagi. Suatu hari Aishah tertanya-tanya kenapa jerawat still naik, macam tak ada pengakhiran. Tiba-tiba je terfikir nak pergi klinik kot-kot kena makan ubat dulu 
bagi hapus segala jerawat ni. Dengan tak pikir panjang, Aishah pergi klinik. Semua staf kat klinik tu terkejut tengah muka Aishah. Siap tanya kenapa muka jadi
macam tu?? Tak continue ubat ke?? Salah makan ke?? Picit ke jerawat tu?? Aduss..banyak betul soalan. dah macam balai polis. Aishah time tu tak payah cakap la, malu sangat sangat. Dah la staf kat situ semua lelaki..ishh..sabar je lah..Doktor cakap muka Aishah 
bukan lagi sebab resdung, tapi dah terkena kuman. Itu yang jerawat macam tak nak berhenti. Jadi, doktor suruh makan ubat dulu, bagi hilang semua kuman. Dia bagi juga pencuci muka untuk kecutkan jerawat.

Tak fasal-pasal kena makan ubat lagi. Tak apa lah, nak cantik punya pasal terpaksa la kan. Makan ubat dua kali sehari. Malam cuci muka dengan pencuci yang doktor bagi. Siang hari pula cuci dengan sabun dan Face oil produk hot tu. Alhamdulillah. dua tiga hari je makan ubat jerawat dah pulih dan tak naik dah. Kulit pun dah licin, dah tak menggerutu dan bengkak. Cuma tinggal parut je. 
Sekarang masih consume ubat doktor dan cuci muka guna produk hot tu lagi. Parut dah nampak pudar dah sikit. Ingat nak upload gambar dalam ni, tapi malu lah. Parut masih ada. Nanti dah pulih sepenuhnya Aishah upload gambar sebelum dan selepas 
guna produk hot tu ye.

Nak tahu tak apa jenama produk hot tu?? Ok, pernah dengan tak pasal Mary Jardin (Mj). Hah, itu la produknya. Aishah sebagai pengguna dan agent Mary Jardin amat berpuas hati macam customer lain juga. Actually, sekarang Aishah dan customer Aishah tengah tunggu kemunculan Collagen Serum pula. Dah berbulan bulan habis stok. Sangat laris. Aishah pun tak kesampaian lagi nak cuba. Collagen Serum  memang bagus. Parut memang cepat pulih. Tak sabar rasanya tau. Ok lah, ini lah sedikit sebanyak tentang masalah Aishah. Nanti lain cerita Aishah nak cerita detail tentang Mary Jardin 
pula. Kalau kawan-kawan nak cuba juga Mary Jardin ni, cari Aishah tau. Jangan cari 
orang lain.hihi.Boleh pulak macam tu kan. Bukan apa sebab Aishah sendiri lalui 
pengalaman sebelum dan selepas guna Mj ni. Ok, tunggu cerita Aishah di lain hari pula 
ye..bye 

Psst.. Aishah agent sah MJ tau.. Kalau nak order produk MJ ni boleh whatsapp Aishah terus ye di nombor 0146745467. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Mary Jardin (MJ)??

Kebaikan Bentonite Clay

Testimoni 4: Healing Crisis