Detox Clay Mask Mary Jardin

Assalamualaikum.. Hai bertemu kembali..

Ada tak siapa yang dah cuba Mary Jardin sama-sama dengan Aishah? Best ke best Mary Jardin? Pasti jawapannya best sangat-sangat kan.

Hari ni Aishah nak cerita tentang salah satu produk Mary Jardin yang agak best di pakai. Clay Mask MJ. Aishah suka sangat pakai Clay Mask. Sekali seminggu je Aishah pakai. Lepas pakai memang best sangat rasa kulit Aishah. Bersih licin lembut ja rasa kulit muka tau. Ok Aishah nak share manfaat Clay Mask dan segala bahan yang terdapat dalamnya yang membuatkan Clay Mask MJ ni sangat awesome.

Sebelum tu Aishah nak tanya uolls tahu tak apa itu Detox? Ok Detox kalau bahasa mudah kita panggil buang toksik. Kalau bahasa tak berapa nak mudah detox ni ialah proses penyingkiran bahan toksik atau kekotoran yang tak diperlukan oleh tubuh kita.

Macam mana proses detox ni berlaku??
Detox berlaku bila toksik dalam badan tak diperlukan. Jadi bila sisa toksik keluar melalui kulit dan kita tak detox boleh tak kita bayangkan apa yang akan terjadi?? Itu toksik dalam badan tak termasuk lagi toksik kat luar seperti sisa make up; asap rokok; asap kereta; debu dan habuk dan sebagainya. Inilah puncanya kulit wajah kita cepat naik jerawat; jeragat; dark sport..

Oleh sebab itu lah cara yang terbaik untuk buang segala toksik adalah guna Detox Clay Mask.


Apa sebenarnya Clay Mask ni ye??

Clay Mask MJ ni merupakan masker tanah liat yang mana bahan utamanya adalah berasaskan Bentonite Clay dan French Green Clay. Ia merupakan regim penjagaan kulit muka yang sihat secara mingguan yang mana kita boleh guna seminggu sekali atau lebih bergantung kepada keadaan kulit masing-masing. Macam kulit Aishah just pakai sekali je seminggu pun dah ok. Kalau lelaki boleh pakai tak? Of course boleh. Perempuan lelaki boleh pakai. Wajib kena pakai untuk pembersihan kulit wajah kita daripada segala kekotoran yang melekat kat muka.




Kenapa kena pakai Clay Mask MJ??

Pertama untuk "RELAKSASI"

* Clay Mask bukan sekadar menawarkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit kita tau, ia juga boleh jadi agen 'terapuitik senyap'.
* Dengan menambah sedikit wangian dari pati minyak beraroma seperti Pudina ataupun air mawar boleh menaikkan semangat anda dengan rangsangan deria bau tersebut. (boleh juga letak Face Oil Mary Jardin yang wangi tuu..Ingat lagi tak dengan Face Oil yang Aishah cerita hari tu?? Kalau tak ingat boleh baca balik kat entry yang lepas ye)
* Menggunakan Clay Mask juga boleh dianggap sebagai rawatan yang MEWAH, namun tak perlu berhabis ke spa mahal kerana anda boleh menikmatinya dirumah sahaja.. Betul tu.. Aishah rasa bila berdetox dengan Clay Mask kat rumah memang sama dengan spa kat luar sana. Berdetox kat rumah lagi puas hati tau. Jimat?? Semestinya jimat sangat-sangat..


Kedua untuk "PEMBERSIHAN MENDALAM"

* Selain pembersihan harian yang kita lakukan dengan pencuci muka untuk menanggalkan habuk, minyak, make up dan kotoran dari permukaan kulit, adakah anda tahu Clay Mask menaikkan lagi level perbersihan kulit muka kita?
* Hanya Clay Mask yang baik akan membantu menarik keluar kotoran yang tersumbat disebalik lapisan atas epidermis kulit kita. Bak kata doktor Maryam Founder Mary Jardin, Detox Clay Mask ni macam CLOROX untuk detoks kulit muka kita. Wah.. macam clorox? Tau kan clorox memang hebat untuk bersihkan kotoran kat pakaian kita. Hah.. Clay Mask MJ ni macam clorox la. Hebat bersihkan kotoran kat muka kita.
* Perubahan pada liang pori dapat dilihat dan dirasa selepas penggunaan kali pertama! Siapa nak macam tu? Aishah dah rasa tau. Memang sangat-sangat best.


Ketiga untuk "MEMBERSIH PORI TERSUMBAT"

* Memakai Mask yang mengandungi Bentonite Clay membantu untuk membuang kotoran dan menyerap minyak berlebihan kat muka.
* Ia juga membantu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul dipermukaan kulit serta membersihkan pori yang tersumbat..

🚩Tau tak punca utama jerawat senang nak tumbuh bila pori kita tersumbat yang mana ianya menjadi habitat bakteria bermaharajalela...OMG.. Jadi dengan menggunakan Mask kulit akan lebih bersih dan tiada pori tersumbat.
* Inilah SEBAB UTAMA kenapa kita perlu mula menggunakan Detox Clay Mask.. Kalau sayangkan kulit muka kena pakai tau.


Keempat untuk "MUKA BERSERI-SERI"

* Penggunakan Masker akan bantu merangsang aliran darah.
* Bermula dari proses menyapu Masker dengan urutan lembut dimuka, pengeringan mask, Mask hampir keras dan termasuklah proses nak mananggalkan Mask menyebabkan perkembangan saluran darah diwajah. Hal inilah yang memberi kesan secara menyeluruh pada tona kulit.
* Kita akan dapat merasai kulit lebih lembut dan licin serta akan kelihatan lebih berseri dan segar selepas pemakaian Clay Mask MJ. yeay..



Kelima untuk "MEMBANTU PENJAGAAN KULIT WAJAH SECARA HOLISTIK"

* Masker sebenarnya membantu produk penjagaan kulit muka yang lain bertindak lebih efektif .

🚩Kalau kita nak serum atau face oil atau apa-apa produk yang anda gunakan menyerap ke kulit dengan lebih cepat dan mendalam anda MESTI ada Clay Mask. Dengan penggunaan Detox Clay Mask dengan kerap anda akan dapati toner/pelembap/krim dan produk penjagaan lainnya akan bertindak dengan lebih baik dan semestinya kesan yang anda inginkan akan tercapai dalam tempoh yang lebih pantas. Bestnya.. memang teruja pakai tau. 


Apa ada dalam Clay Mask Mary Jardin yang membuatkan ia sangat-sangat hebat??




1. ACTIVATED CHARCOAL - bertindak sebagai mencuci pori-pori, buang blackhead dan whitehead

2. PAPAYA EXTRACT - membuang kulit kusam dan sel kulit mati. Kulit akan cerah semulajadi dan tona lebih sekata. Chemical exfoliation, enzim terdapat dalam ekstrak betik memperbaharui sel kulit dengan cara pengelupasan yang sangat halus, kita tak perasan pun. Berbanding guna lulur mechanical, kulit mungkin terluka akibat butir-butir kasar lulur.. Spa mahal-mahal guna teknik chemical exfoliation...of course dia tak nak customer lari sebab kena tonyoh scrub yang kasar tu kan..  
3. OAT - bertindak sebagai lulur/scrub yang melembutkan kulit

4. ZINC OXIDE - membunuh bakteria jerawat dan kurangkan inflammation.

5. FRENCH GREEN CLAY / SEA CLAY - bio-mineral yang mempunyai kuasa serapan yang tinggi. Mempunyai caj ion yang bertindak seperti magnet. Apabila disapu di permukaan kulit, French Green Clay akan melekat kepada molekul toksin dan mengeluarkan toksin semasa cucian.

6. BENTONITE CLAY - boleh menghasilkan cas yang mana bila ada contact dengan air cas ni boleh larut dan bersatu. Bila kita pakai Mask segala kotoran akan melekat pada mask. 

Paling best Clay Mask ni boleh campur dengan madu; yogurt; susu; cuka apple; or tea. tapi Aishah campur dengan air je. Ok ini lah sedikit sebanyak info tentang Clay Mask MJ. Pakai sekali seminggu je dan boleh tahan sampai 4 bulan tau. Betul ke tahan 4 bulan? Kalau Aishah tahan setahun rasanya sebab guna sikit je dalam setengah sudu kecik. 

Ok.. Selamat mencuba.. 

Harga Clay Mask Mary Jardin: RM 85 sahaja dan dah termasuk postage. 

Siapa nak cuba Clay Mask MJ yang awesome ni boleh order dengan Aishah ye. Just whatsapp Aishah 0146745467 ye..

Jumpa lagi.. bye.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Mary Jardin (MJ)??

Kebaikan Bentonite Clay

Testimoni 4: Healing Crisis